Muhaini Zainal Abidin

Datin Sri Muhaini binti Zainal Abidin merupakan isteri kepada Perdana Menteri ke-9 Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob.[1] Pada 1986, beliau berkahwin dengan Ahli Parlimen Bera, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob, yang dilantik sebagai Perdana Menteri ke-9 pada 20 Ogos 2021.[1][2][3] Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob juga bekas Timbalan Perdana Menteri ke-13 di bawah Kabinet Muhyiddin Yassin dari 7 Julai 2021 sehingga 16 Ogos 2021. Mereka dikurniakan 4 anak — 1 perempuan dan 3 lelaki.[2][3] Salah seorang anak lelaki beliau, Dafi (nama penuh Gadaffi bin Ismail Sabri), merupakan peserta Akademi Fantasia (musim 5) pada 2007.[2][3] Anak perempuan tunggal beliau, Datin Nina (nama penuh Nina Sabrina binti Ismail Sabri), telah mengahwini pereka fesyen bernama Dato' Jovian Mandagie.[2][3]